Muhidin adalah generasi ke Enam dari Datuk Laksamana Bentan....Laksamana Bentan atau nama sebenarnya Megat Seri Rama adalah hulubalang atau pun Panglima Kerajaan Melayu Johor ketika di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Beliau telah membunuh Sultan Mahmud akibat rasa marah dan membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya oleh baginda Sultan Mahmud.
Laksamana Bentan berjaya membunuh Sultan Mahmud yang ketika itu sedang dijulang sewaktu hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Kemudian beliau turut dibunuh ketika itu juga, apabila baginda sultan melontarkan keris baginda ke arahnya. Kisah-kisah berkaitan baginda sultan dan laksamana begitu banyak diperkatakan malah, sebuah filem Melayu bertajuk “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang” beberapa kali ditayangkan. Sehubungan itu, rasanya sebahagian besar masyarakat di negara ini memahami kisah tragis lagi bersejarah ini.
"Makam Laksamana Bentan terletak di Kampung Kelantan dan berhampiran dengan Tebing Sungai Kemang di Daerah Kota Tinggi.
Perjalanan ke Makam ini hanya sejauh dua km dari bandar Kota Tinggi. Dipercayai di sinilah telah disemadikan Megat Seri Rama yang juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, pahlawan Melayu terbilang dan isterinya Dang Anum.
Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima angkatan laut Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat.
Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan Sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya sewaktu ketiadaan beliau mempertahankan negeri daripada serangan musuh. Dang Anum yang sedang mengandung telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja.
Sultan Mahmud sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah bersumpah yang mana keturunan Laksamana Bentan diharamkan menjejak kaki di kawasan makam sultan di Kota Tinggi tersebut selama tujuh (7) keturunan. Sekiranya keturunan Laksamana Bentan menjejakkan kaki di kawasan makam tersebut, mereka akan muntah darah....
Abang Long (Zianodin Ariffin) pernah cuba menjejakkan kaki di makam sultan tersebut, tetapi baru saja sampai di kawasan masjid, beliau telah merasa hendak muntah yang amat sangat. Lalu abang Long tidak jadi melawat makam sultan Mahmud, lalu abang Long berpatah balik.....
mike merasakan Megat Seri Rama siapa kah saudaranya ya ... teman berpendapat kalau lah beliau asalnya Bentan Sumatera sudah semistinya lah bersangkutan dengan Megat Terawis Perak yg juga asalnya dari Sumatera,minta pandangan kome-kome semua...mungkin juga cucu-cicit Megat Terawis 1528 ke Perak dan Megat Seri ke Johor Lama 1685-1699)... teman pun nk ziarah lah juga makam megat seri rama ni ... samada dapat rasa sebagaimana mike rasa.
BalasPadamassalamualaikum, Laksamana Bentan atau Raja Laksamana Bentan adalah cucu kepada Raja Alam Pagar Ruyung. Laksamana Bentan atau Megat Seri Rama ada seorang sepupu iaaitu Megat Terawis yang berhijrah ke perak.
Padamrasanya tahun antara megat terawis gn megat seri rama amatlah jauh..
PadamMegat seri rama tiada kaitankan dgn tun ali
PadamSalam, ada tak sejarah sedara mara yang berhijrah mengikut jalan laut? kalau ada, boleh dikongsikan untuk penyenaraian salasilah.
BalasPadamSalam perkenalan dari Nur Ikhsan bin Salamiah bin Ahmad @ Megat Osman bin Megat Ismail bin Megat Saad
Maksud mengikut jalan laut mcm Mana?
PadamBerenang kot
Padamsalam..
BalasPadamsblom ni arwah atok ( ENCIK MAHAT BIN AMIT ) ade jejak bumi kota,dye teringin nk melawat ke kubur sultan mahmud,firstly masa saya dgn adik beradik masok ke kawasan prkuburan sultan tu xde pape maslh, then lepaskn ayah pon xtrjadi ape2 yg ganjil,kemudian bile turn arwah atok masok kedalam kawasan perkuburan tetibe sahaja cuaca berubh mnjadi hujan panas,and angin kencang kuat,lpstu atok saya decide xnk masok area situ sbb dye dah mula rasa pening2 and mual2 mcm xsedap badan,, arwah moyang pernah bgtau yg kami ni ade salasilah keturunan mereka,tp kami pon xberapa pasti itu btol atau tidak sebb tiada bukti yg kukuh, thats why kami decide nak test sndri,,,,btol atau tidak hanya tuhan je yg tahu
Saya ade pergi kt makam sultan mahmod..di kota tonggi, ape yg belaku bdn sy sket sngt..ade jgk pening..sy jgk smpt tngok makam sultan mahmaod..besar jgk batu nesan nye..ape balek pas tu bdn saya saket gila2..smp sy pergi berubat tradisoinal..pas berubat sy baru teringat,,arwah nenek kata kami ni ada pertalian leksamana bentan..tapi sejauh mane sy x tau..la,,kalau pisang raja udang tu..memang confirm kuarga saya x leh mkn, kalau mkn kulit akan jadi macam penyakit sopak..
BalasPadamDah takde sumpahan 7keturunan lagi.. kalau ada sesiapa saja keturunan megat sri rama yang jejakkn kaki ke kota tinggi mati bermunntahkn darah disitu juga..
BalasPadamSaya pun ada darah megat...sampai ayah saya,tidak lagi diberi gelaran Megat kerana demam panas,dan adk kembar ayh sy pon.meninggl...utk makluman keturunan tersebut dr arwah nenek sy...Puteri
BalasPadam(Tidak ada gelaran)
Tggu msa hamba merungkap kembli sjarah lama..
BalasPadamJika Pusaka keris arjuna itu dimaksudkan in sha allah hamba cuba menyimpan kembali..
Slagi darah mengalir,akan djga mnjdi warisan..,,
Bukan Megat Terawis krn itu cerita pembesar drp Perak.
BalasPadamMegat Seri Rama dan Abgnya Mega Alang Terawis(bukan Megat Terawis)
Lagi satu - Laksamana Bentan itu gelaran dan juga Megat Seri Rama juga gelaran.. Nama sebenarnya saya terpaksa rahsiakan..
Megat Seri Rama Dan Megat Alang Terawis adalah adik beradik dan juga merupakan anak saudara kepada Sultan Mahmod mangkat dijulang.
Saya juga keturunan Megat Seri Rama(laksamana bentan) disebelah Muar.
BalasPadamNama Megat Seri Rama ini hanyalah gelarannya.
Megat Seri Rama tidak mati malah telah diselamatkan oleh Abgnya Megat Alang Terawis.
Jadi cerita Megat Terawis itu cerita sejarah Perak.
Cerita keturunan kita Megat Seri Rama bersama abgnya Megat Alang Terawis.
Maaf
Wallahu 'alam
Sultan Mahmod sempat mencabut keris drp pinggangnya tetapi Megat Seri Rama terlebih pantas menikam perut Sultan Mahmod. Akibat itu keris yg berada ditangan Sultan Mahmod terlepas lalu jatuh menikan ibu jari kaki Megat Seri Rama.
BalasPadamMemang bisa keris drp Sultan masuk kedlm darah Megat Seri Rama akan tetapi tahukah saudara ku sekelian Megat Seri Rama dan Megat Alang Terawis adalah pakar herba akar kayu. Mereka tahu cara mnyahkan racun keris Sultan Mahmod.
Jika tidak bagaimana ada anak keturunan Laksamana Bentan ada sehingga sekarang ??
Pd selepas kejadian Dang Anum mati dibelah perutnya oleh Sultan Mahmod.
Megat Seri Rama menghilangkan diri dan menyamar sebagai pencari akar kayu/ubat periuk(sehingga ke generasi ke5 iaitu atok saya masih pandai dlm hal ubat akar kayu).
Tujuan menyamar adalah kerana ingin menyiasat sbb kematian Dang Anum(krn berita sbb punca kematian tlh dirahsiakan pihak istana).
Pd suatu petang hampir maghrib hujan renyai ,Megat Seri Rama dgn pakaian org kebanyakan ingin tumpang berteduh dibawah rumah seseorg disebuah kampung.
Setelah memberi salam bbrapa kali ,isteri tuan rumah mnjawab salam drp dlm rumah tanpa keluar drp rumah. Isteri tuan rumah memberitahu bahwa suami tiada dirumah.
Megat Seri Rama meminta izin utk tumpang berteduh dibawah rumah buat sementara menunggu hujan berhenti.
Isteri tuan rumah mngizinkannya.
Pd selepas maghrib si suami iaitu tuan rumah telah balik kerumahnya
Tuan rumah tu memberitahu sesuatu pd isterinya " HARI INI AKU DPT UDANG GALAH SEPIT BESAR " lalu berkata lagi tuan pd isterinya " KESIAN LAKSAMANA BENTAN ,ISTERINYA MATI KERANA DIBELAH PERUTNYA "
Isterinya memberitahu suaminya ada orang menumpang berteduh dibawah rumah.
Menurut almarhum atok saya pd zaman itu UDANG GALAH SEPIT BESAR itu bermaksud mendapat berita hangat.
Padahal yg dibawah rumah itu adalah Laksamana Bentan.
Semalaman kesubuh hujan tak berhenti
Pd esok pagi selepas menunaikan solat subuh, Laksamana Bentan memberi salam pd tuan rumah.
Lalu menjawab salam dan keluar melihat org yg menumpang dibawah rumahnya.
Megat Seri Rama bertanya apakah benar cerita yg didengar pd mlm td.
Megat bertanya lagi siapakah kau dan kenalkah kau dgn aku ini siapa ? Dari mana kau dpt berita ini ?
Megat Seri Rama menyiasat dgn pertanyaan samada benar atau tidak dakwaan itu.
Megat cuba membuka rahsia dgn pertanyaan, kenalkah kau pakaian yg aku pakai(setelah melerai jubah yg dipakai menampakkan pakaian pembesar kerajaan)
Tuan rumah itu berkata ia tidak kenal dan tuan rumah itu bertanya smula kerana pakaian yg dipakai oleh Megar Seri Rama adalah pakaian pembesar kerajaan.
Lalu Megat Seri Rama memberitahu dirinya adalah Laksamana Bentan.
Siangnya itu Megat Seri Rama mencari punca kebenaram cerita drp Tuan rumah.
Megat Seri Rama meminta izin drp tuan rumah utk bermalam satu malam lagi dibawah rumah.
Mlm itu adalalh mlm jumaat. Megat Seri Rama mengasap kerisnya.
Pd esok harinya hari Jumaat maka bermula tragedi itu Megat Seri Rama bersembunyi dibalik pokok besar berhmpiran masjid bersedia utk membunuh Sultan Mahmod.
Maka terjadilah !!
Sultan Mahmod sdg dijulang utk dibawa masuk ke dlm masjid
Megat Seri Rama lalu keluar drp persembunyiannya dibalik pokok besar sambil berlari kearah Sultan Mahmod dgn berteriak
AMPUN TUANKU PATIK MENDERHAKA !!!
Sultan Mahmod cuba sepantasnya mencabut kerisnya akan tetapi Sultan Mahmod sempat mengeluarkan kerisnya drp sarung. Keris Laksamana Bentan tlh pun mendahului menusuk masuk ke tubuh Sultan Mahmod.
Keris pd tangan Sultan Mahmod terlepas drp tangannya lalu jatuh menikam ibu jari kaki Laksamana Bentan.
Cerita yang menarik abg hassan ,tapi selebih nya itu bukan urusan kita biar allah yang menentukan segalanya.
PadamCerita yang menarik abg hassan ,tapi selebih nya itu bukan urusan kita biar allah yang menentukan segalanya.
PadamArwah atuk saya keturunan laksamana bentan yang ketujuh meninggal dunia di Kota Tinggi akibat muntah dan sakit perut selepas melintasi jambatan dlm perjalan dari Johor ke Kluang
BalasPadamItulah disebabkan sumpahan daripada sultan.Mungkin ianya belum habis tujuh keturunan
Padambagaimanakah cucu-cicit panglima bentan lari ke negeri lain sampai ke wilayah Taboh Naning ni:Melaka.Jadi,boleh terangkan?
BalasPadamabang saya keturunan dol said dan panglima bentan.Kami tinggal di Taboh Naning.Naning itu bermaksud lebah.Apabila abang saya pergi ke Kota Tnggi,die terdenagr di telinganya ade bunyi seperti dengungan lebah.Saya rase ade kene mengene dgn bentan ni.Tolong jelas kan.
BalasPadamAssalamulaikum, arwah datuk saya Muda Rashid bin Mohd Noor bermustautin di Kampung Penajis selalu didatangi orang dari Kota Tinggi menaiki keretaapi (johor-rembau). Pernah pak long dan pak teh sy melawat makam sultan mahmud tetapi muntah2 dan cuaca bertukar seumpama angin bertiup kencang. Pohon penjelasan adalah datuk saya berketurunan adik Raja Melewar dari pagar ruyung atau Kerajaan Siak ada kena mengena darah dengan megat seri rama ini. Jika tak keberatan hubungi sy Hj Razalie 0195248805.
BalasPadamAl Fatihah.....Untuk Laksamana Bentan / Megat Seri Rama........
BalasPadamDah semua ngaku keturunan Megat Seri Rama... kahkah kah. Dang Anum kandungkan anak sulung Megat Seri Rama... kdua2 nya mati dibunuh Sultan, mana mungkin ada lagi keturunan Megat Seri Rama. karut korang ni
BalasPadamSemasa Megat Sri Rama menyiasat dgn menyamar sebagai penjual ubat periok, dia kemungkinan telah bernikah lagi.
PadamBENAR... LAKSAMANA bENTAN BERKAWIN LAGI...
PadamAdakah maklumat pecahan keluarga megat seri rama ada tinggal diperak?mohon pencerahan
BalasPadamSaya berketurunan laksamana bentan menurut arwah bapa saya. Arwah bapa saya bernama Samad bin Ribut berasak dari muar.
PadamMegat Seri Rama dan Laksamana Bentan itu adalah gelaran.
BalasPadamDia ada nama sebenar.
Whatap 0176271926
As'kum kepada semua. Saya Sha Mohd anak kepada Hjh Rohani Bakri anak kepada Pon (bte tidak diketahui) anak kepada Bedah Awang. Arwah "moyang" saya, harap perbetulkan jika saya salah iaitu Bedah Bte Awang semasa hidupnya tidak dapat menjejaki tanah Kota Tinggi. Waktu itu saya berumur 12 tahun dan peristiwa arwah moyang "Bedah Awang" mulutnya berlumuran darah bila kenderaan kami mendekati Kota Tinggi. Pakcik kami gelaran Pak Mok anak kepada Bedah Awang segera berpatah balik. Tiba di Singapura, arwah moyang saya Bedah Awang kembali tenang & menasihati agar keturunan kami dicegah dari menjejaki kota tinggi. Selepas arwah moyang saya Bedah Awang meninggal pada 2013, sekali lagi kami cuba membawa nenek kami "Pon" ke Kota Tinggi namun kejadian sama berlakunya. Kami "sekeluarga" difahamkan mempunyai keturunan darah Bentan maka tidak dapat menjejaki nota tinggi. Namun alhamdulillah, selepas peninggalan nenek saya "Pon" kami dapat ke Kota Tinggi TETAPI tidak dapat mendekati Makam Sultan. Salasilah moyang saya sebelum Bedah Awang itu tidak dapat kami dipastikan. Kepada yang terhibur dgn coretan saya saya ucapkan terimakasih namun jika ada yang berminat menjejaki salasilah seperti saya, saya amat berminat untuk mengetahui.
BalasPadamAssalamualaikum
PadamBoleh tahu nenek tinggal di mana?
Btl kah ape yg awk cakp tok,
BalasPadamnama saya shamaul baharin bin elis
BalasPadamelias bin mat(ahmad-muhammad)
mat bin dol(dolah-abdullah)
kenapa ada kurungan pada nama tu... mmg begitu... adik beradik bapa saya ada yg di bin kan dgn ahmad -muhammad-mat
sebab orang dulu2 suka panggilan yg singkat je..
Ape betol anak dang anum yg dibelah perut itu hidop dan dilarikan kehutan ,dan bernam INDAH ?
BalasPadamTOLONG PENCERAHAN
Assalammualaikum..saya juga ingin berkongsi sikit info..dari penerangan arwah nenek saya,kami juga dari keturunan megat Sri rama..arwah nenek saya bernama rafeah Dan atuk saya bernama ibrahim bin mat akhir.mereka menetap di kg niyor,bukit belimbing,kuala selangor..apa yg diceritakn kami sudah smpai keturunan yg ke 7..masa nenek saya beritahu saya masih kecil..sekarang nk cari salasilah pon tk tau sbbSsemua dh tk ada..
BalasPadam