Jumaat, 29 Oktober 2010

SALASILAH CUCU CICIT MEGAT SERI RAMA - PAHANG

Syukri Shahidayu telah dapat merungkai salasilah cucu cicit Megat Seri Rama yang berada di Pahang. Daripada apa yang Bapa nya maklum "atuk punye mak (Siah binti Montok) ade pertalian sepupu dengan saorang keturunan Megat Seri Rama Generasi yang ke-5 yang pernah beliau ketemui Pekan dulu. Tahniah Syukri atas usaha anda.

Selasa, 26 Oktober 2010

Sessi Bergambar Perjumpaan 16 OKT 2010, Gen Tok Usoh - Cucu Megat Seri Rama



BANYAK LAGI MAKLUMAT DI SINI - klikkkkk

Masih tak terjawab dan tiada salasilah

Muhidin adalah generasi ke Enam dari Datuk Laksamana Bentan....Laksamana Bentan atau nama sebenarnya Megat Seri Rama adalah hulubalang atau pun Panglima Kerajaan Melayu Johor ketika di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Beliau telah membunuh Sultan Mahmud akibat rasa marah dan membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya oleh baginda Sultan Mahmud.

Laksamana Bentan berjaya membunuh Sultan Mahmud yang ketika itu sedang dijulang sewaktu hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Kemudian beliau turut dibunuh ketika itu juga, apabila baginda sultan melontarkan keris baginda ke arahnya. Kisah-kisah berkaitan baginda sultan dan laksamana begitu banyak diperkatakan malah, sebuah filem Melayu bertajuk “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang” beberapa kali ditayangkan. Sehubungan itu, rasanya sebahagian besar masyarakat di negara ini memahami kisah tragis lagi bersejarah ini.

"Makam Laksamana Bentan terletak di Kampung Kelantan dan berhampiran dengan Tebing Sungai Kemang di Daerah Kota Tinggi.

Perjalanan ke Makam ini hanya sejauh dua km dari bandar Kota Tinggi. Dipercayai di sinilah telah disemadikan Megat Seri Rama yang juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, pahlawan Melayu terbilang dan isterinya Dang Anum.

Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima angkatan laut Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat.

Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan Sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya sewaktu ketiadaan beliau mempertahankan negeri daripada serangan musuh. Dang Anum yang sedang mengandung telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja.

Sultan Mahmud sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah bersumpah yang mana keturunan Laksamana Bentan diharamkan menjejak kaki di kawasan makam sultan di Kota Tinggi tersebut selama tujuh (7) keturunan. Sekiranya keturunan Laksamana Bentan menjejakkan kaki di kawasan makam tersebut, mereka akan muntah darah....

Abang Long (Zianodin Ariffin) pernah cuba menjejakkan kaki di makam sultan tersebut, tetapi baru saja sampai di kawasan masjid, beliau telah merasa hendak muntah yang amat sangat. Lalu abang Long tidak jadi melawat makam sultan Mahmud, lalu abang Long berpatah balik.....